AWAN NANO
“Tiiidaaaaakkkkkkkkk!!”
*************************
“Bang, Mah nak abang jaga anak kita baik-baik ya. Berikanlah dia kasih-sayang yang secukupnya sebab Mah mungkin tak dapat memberikan anak ki …” “ Mah, jangan cakap begitu. Abang tak sanggup kehilangan Mah …” Segera Pak Mail memotong percakapan isterinya. “Tapiii ...” “Sudah Mah. Tak ada tapi tapi lagi. Mah kena berehat ya.” Pak Mail segera menghamparkan tikar yang telah uzur itu. Lantas dibantunya Mak Mah berbaring berlapikkan bantal dan diselimutinya kain batik sebagai selimut. “Bang, Mah minta maaf ya jikalau Mah ada tersilap kata mahupun bahasa ya bang. Halalkan segala makan minum yang telah abang berikan. Mah mungkin tak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang tetapi Mah bahagia menjadi isteri abang. Hafiz... Mana anak kita bang?” Ujar Mak Mah dalam kesedihan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sayunya Pak Mail ketika itu. Lantas diusapnya isterinya itu sambil berkata, “Mah, abang juga minta maaf ya. Baik, Mah tidur dulu ya. Sebentar lagi Hafiz pulang lah tu.Mah jangan khuatir ya.”
**************************
“Eh Hafiz, kau tak tolong ayah kau pergi menangkap ikan ke? Aku tengok sejak mak kau meninggal, kau langsung tak hiraukan ayah kau. Aku peliklah Hafiz.” Tanya Malik kehairanan apabila dia melihat Hafiz tidak turun ke laut bersama Pak Mail. Selama ni, Hafiz lah yang selalu membantu ayahnya. Kadang-kadang diajaknya sekali Malik turun ke laut. “Ah! Lantak dia lah. Aku peduli apa!” Segera Hafiz melenting. “Tak baik kau buat macam tu Hafiz. Lagi-lagi dia tu ayah kau.” “Aku tak ada ayah! Sudahlah Malik, kalau masih membela dia, pergilah kau. Pergilah jadi anak dia. Jangan jadi sahabat aku lagi!” Lalu Hafiz segera meninggalkan Malik dalam keadaan terpinga-pinga.
Melepak bersama teman-temannya sudah menjadi rutian harian Hafiz. Dia tidak pernah menghiraukan ayahnya. Dia begitu bencikan ayahnya sehinggakan memandang muka ayahnya pun dia tidak mahu. Dia tidak boleh memaafkan segala perbuatan ayahnya itu. Baginya perbuatan ayahnya terhadap ibunya itu terlalu kejam! Apabila Pak Mail turun ke laut, Hafiz pula sibuk meluangkan masa yang tidak berfaedah seperti mengganggu anak-anak dara orang kampung, bermain daun terup dan sebagainya. Apabila waktu malam menjelma, sudah tentunya Pak Mail akan pulang ke rumah.Hafiz akan cuba untuk tidak bersemuka dengan ayahnya. Hafiz tidak kisah jika tidak bertegur sapa dengan ayahnya. Malah dia semakin senang. Berkaitan dengan makan minum, Hafiz tidak kisah. Hal ini kerana Pak Mail tetap akan menyediakan segala keperluan untuk Hafiz.
Pak Mail begitu kecewa akan sikap anaknya yang seorang itu. Itulah satu-satunya harta peninggalan isterinya yang paling berharga. Dia berjanji akan menjaga Hafiz selagi dia masih terdaya. Dia juga mahukan yang terbaik buat Hafiz. Saban hari, Pak Mail terlalu merindukan anaknya, Hafiz. Dia amat merindui usikan serta gurauan bersama anaknya. Dia tahu, dalam hal ini, dia memang patut dipersalahkan kerana tidak mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah yang terbaik. Suatu hari, Pak Mail sengaja pulang awal dari menangkap ikan. Dia ingin sangat berbaik-baik dengan Hafiz. Dia berpura-pura terserempak dengan Hafiz. Lalu Pak Mail mengajak Hafiz untuk berborak-borak bersamanya. Katanya sudah lama dia tidak berborak-borak. “Ah, buang masa aku saja!” “Hafiz, marilah nak. Ayah terlalu merindui mu nak.” Pujuk Pak Mail. “Sudahlah ayah. Tak usahlah ayah nak berlakon lagi depan Hafiz. Ayah sebenarnya tak sayangkan Hafiz kan ?! Ayah sebenarnya tak sayangkan mak kan ?!” Tengking Hafiz. “Hafiz! Ayah tak pernah ajar Hafiz bersikap kurang ajar dengan ayah! Sejak bila Hafiz sudah pandai menengking ayah ni?!” Paapp! Satu tamparan hebat hinggap di pipi Hafiz. Serta-merta pipi Hafiz yang asalnya warna kuning langsat bertukar menjadi kemerah-merahan. Pak Mail tergamam seketika manakala Hafiz terkejut dengan tindakan Pak Mail. “Tak guna punya orang tua! Hei orang tua, kau tak layak jadi ayah aku lah! Aku memang seorang manusia yang paling malang di dunia ni. Malang berayahkan kau! Kau dengar tak?!” Terhambur kata-kata yang amat berbisa daripada mulut Hafiz. Pak Mail seakan-akan tidak percaya dengan apa yang telah didengarinya sebentar tadi. Tidak percaya bahawa yang berkata-kata tadi adalah anaknya sendiri. Sukar untuk dipercayai sehinggakan dia berharap agar perkara itu hanya sekadar mimpi. Akan tetapi harapan Pak Mail meleset. Dia terkelu. Dia memandang muka Hafiz yang sedang berasap menandakan kemarahan. Serta-merta matanya terasa begitu hangat. Begitu deras air matanya mengalir di pipinya yang sudah berusia 62 tahun. Melihat akan perlakuan ayahnya itu, dengan segera Hafiz menyindir, “Ah ayah, tak usah lah ayah nak bercengkerama lagi. Lakonan ayah itu sesekali tidak akan melunturkan kebencian Hafiz terhadap ayah. Hafiz tetap bencikan ayah. Setelah itu Hafiz segera berlari meninggalkan rumah. Entah mengapa air matanya juga tumpah pada ketika itu.
Hafiz mengambil kesempatan melepaskan tekanan di tepi pantai di kala angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu. Wajah ibunya, Mak Mah menjelma di mindanya. Ya, dia amat merindui ibunya itu. Sudah lima bulan ibunya meninggalkannya. Hari semakin kelam. Matahari semakin tenggelam di tengah-tengah dada langit. Hafiz mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Setibanya di rumah, Hafiz lihat ayahnya tiada. Lega hatinya. Lantas dia menghamparkan tikar dan berbaring di atasnya. Akhirnya terlelap juga.
Kedengaran bunyi riuh-rendah memanggil-manggil namanya. Hafiz bingkas bangun daripada tidunya. Hari sudah siang rupanya. Kemudian Hafiz segera membuka daun pintu. Aneh sungguh kenapa mereka di sini? Hafiz tertanya-tanya. Belum sempat Hafiz bertanya, mereka telah memberikan jawapan yang tiada soalannya. “Hafiz, cepat ikut kami! Pak Mail! Pak Mail! Ayah kau kemalangan!” Tanpa membuang masa, Hafiz segera berlari mengekori mereka. Serta-merta dia teringat akan peristiwa semalam. Serta-merta jugalah Hafiz tersedar akan segala kesilapannya. Ya Allah! Apa yang aku dah buat ni pada ayah? Aku memang seorang anak yang tidak berguna! Ya Allah, panjangkanlah umur ayahku ini. Hafiz berdoa. Setibanya di sana , Hafiz terlihat sekujur tubuh yang berlumuran dengan darah. Ya, wajah itu amat dikenalinya. Segera dia memeluk tubuh yang tidak bermaya itu. “Ayah! Ayah! Bangunlah ayah. Hafiz datang ni ayah. Ayah bangunlah. Hafiz minta maaf ayah. Hafiz janji yang Hafiz takkan kurang ajar lagi dengan ayah. Hafiz janji ayah. Ayah pukullah Hafiz sekuat mana pun, sebanyak mana pun. Asalkan ayah bangun. Bangunlah ayah …” Raung Hafiz. “Hafiz, anakku … Ayah maafkan nak … Ayah minta maaf sebab tak dapat menjadi seorang ayah yang sempurna buat Hafiz …” Pak Mail cuba sedaya upaya untuk berkata-kata walaupun tersekat-sekat. “Ayah, jangan cakap macam tu ayah. Ayah tak bersalah. Hafiz yang bersalah yah …” “Hafiz … Ayah bangga mempunyai anak seperti Hafiz. Sayang akan keluarga …” Kata-kata Pak Mail terputus. Nafasnya berombak-ombak. Dilihat Pak Mail mengucap sebelum nafas terakhirnya dihembuskan. Hafiz seakan-akan tidak percaya pada ketika itu. Dia memeluk erat ayahnya. Meraung semahu-mahunya. Menjerit semahu-mahunya. Orang ramai disekelilingnya tidak dihiraukannya lagi. Kini dia sedar kehilangan bapanya merupakan satu perkara yang terbesar dalam hidupnya selain ibunya.
******************************
Tiga bulan kemudiannya.
“Assalamualaikum Hafiz” Salam diberi seiring dengan ketukan pintu. “Waalaikumussalam. Oh Malik rupanya!” Sambut Hafiz. Dijemputnya Malik masuk ke dalam rumah. “Kau apa khabar Malik? Apa hajat kau ke mari ni Malik?” Tanya Hafiz. “Aku sihat-sihat sahaja. Tujuan aku datang sini kerana hendak menyampaikan amanah ni Hafiz.” “Alhamdulillah aku baik-baik sahaja. Amanah apanya Malik?” Hafiz semakin khusyuk dengan apa yang dikatakan oleh Malik. “Amanah arwah ayah kau, Hafiz. Maaflah ya kerana sudah tiga bulan baru aku hendak bagitahu.” Kata Malik. “Arwah ayah? Apa yang telah ayahku wasiatkan?” “Nah, kau buka lah peti ni. Aku tidak tahu apa yang terkandung di dalamnya kerana hanya kau sahaja yang boleh membukanya. Aku hanya sekadar menyampaikan sahaja.” Terang Malik lalu menghulurkan peti sebesar bekal makanan kepada Hafiz. Hafiz segera mencapai lalu membukanya. Apabila peti itu dibuka, dilihatnya sekeping gambar, sepucuk surat , dan tiga cekak not yang setiap kepingnya berharga rm100. Hafiz terkejut. Dia memandang Malik. Malik hanya tersenyum. Lalu Hafiz mengambil gambar tersebut. Wajahnya berubah. Tiba-tiba hadirnya rindu terhadap kedua orang tuanya. Kemudian diambilnya surat itu dan ketika membaca, Malik kehairanan dan bimbang pabila melihat mata Hafiz berlinangan. “Hafiz, kau okay tak ni?” “Err … Malik. Aku rasa bersalah sangat Malik. Aku memang anak yang tak tahu mengenang budi. Derhaka …” “Hafiz, perkara yang lepas tak usah diungkitkan lagi. Lagipun ayah kau telah memaafkan kau.” Pujuk Malik. “Ya Malik. Tetapi aku rasa bersalah. Setelah aku membaca surat ini, baru aku tahu mengapa arwah ayah tidak menghantar ibu pergi ke hospital ketika dia sakit. Rupa-rupanya ibu yang meminta agar ayah tidak membazirkan duit hanya kerana untuk membiayai rawatannya. Malah ibu menyuruh ayahku memyimpan dan mengumpulkan wang untuk biayai pembelajaran aku nanti. Ya Allah, apa yang telah aku buat selama ni Malik? Kenapa aku jahil sangat? Kenapa Malik? Padahal arwah ayah tak bersalah. Dia hanya mahukan yang terbaik daripada aku.” Kesal Hafiz. “Sudah Hafiz, sudah. Sekarang ni kau gunakan duit itu sebaik-baiknya. Tebus segala kesalahan kau itu ya. Dan jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa.” Kata Malik. Hafiz semakin tenang. Dipeluknya Malik erat-erat. “Terima kasih Malik. Kaulah sahabat aku dunia akhirat. Aku akan menggunakan nasihat kau sebaik-baik mungkin untuk menebus segala kesalahan ini. Aku akan berusaha untuk sentiasa menjadi awan yang nano yang setia melindungi diri seperti yang dikatakan oleh ayahku. ” Azam Hafiz. Dipegangnya erat sepucuk surat yang terkandung cerita disebalik kehidupan keluarganya dan disertai lirik lagu hasil ciptaan Pak Mail. Malik tersenyum melihat akan perubahan sikap Hafiz yang semakin ke arah positif itu. “Alhamdulillah syukur kau sudah dewasa Hafiz.” Katanya kepada Hafiz.
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
p/s : Okay tak? Bored heh? Act I was involved in a contest to create poems and short stories. NTAH KNP AKU TTBE RAJIN SGT. RAJIN MCM SEMUT-,- Harhar. Btw I got the idea of this short story from Awan Nano's song by Hafiz :)